Assalamualaikum.. dan salam satu Malaysia .
PPAJ Cawangan Bukit Gambir telah ditubuhkan pada bulan Julai 2007 dan beralamat di Aras Bawah ,Dewan Serbaguna Bukit Gambir ..
Perpustakaan Bukit Gambir telah terbahagi kepada dua ruang utama , iaitu Dewasa dan Kanak-kanak .
Terdapat juga ruang santai yang menempatkan set sofa dan LCD , untuk pengguna membaca akhbar dan majalah .
Ruang pengguna dewasa boleh menempatkan 40 buah tempat duduk dan bagi kanak-kanak pula mempunyai 16 tempat duduk .
Keseluruhan perpustakaan di lengkapi dengan kemudahan WiFi .
Perkhidmatan Yang Di Sediakan
Pustakawan akan membantu pengguna dalam pencarian bidang perkara yang diperlukan;
Perkhidmatan komputer : Pengguna boleh menggunakan komputer dengan bayaran yang
minima;
(keseluruhan Perpustakaan dilengkapi dengan kemudahan WiFi)
Pinjaman bahan : Ahli perpustakaan boleh meminjam 3 naskah buku untuk 2 minggu;
Perkhidmatan fotokopi;
K e i s t i m e w a a n A h l i
Ahli perpustakaan boleh meminjam 3 naskah buku untuk tempoh 14 hari . Ahli juga dibenarkan menggunakan segala perkhidmatan yang disediakan . Untuk buku rujukan , ahli boleh memohon untuk meminjam dan kelulusan tertakluk kepada budibicara pustakawan . Ahli-ahli juga akan diberi keutamaan untuk menyertai program-program yang akan dijalankan .
Bagi ahli kanak-kanak , mereka akan diberi keutamaan untuk mengikuti program-program galakan membaca yang dijalankan , dari masa ke semasa .
Waktu Perkhidmatan :
Selasa-Ahad : 9:00 pagi - 5:30 petang * Di tutup pada hari Isnin , Sabtu
Jumaat : 9:00 pagi - 2:15 tengahari minggu pertama dan ketiga
: 2:45 petang - 5:30 petang serta hari kelepasan am .
No comments:
Post a Comment